Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

+603 555 HBSV | +6012 235 6295
info@hbsecuredvaults.com

APA YANG ANDA PERLU TAHU

SOALAN YANG

SERING DIAJUKAN

Anda pastinya mempunyai persoalan yang ingin ditanya kepada kami

Kenapa menyewa Peti Simpanan Selamat?

Peti Simpanan Selamat adalah sesuai untuk menyimpan barangan berharga. Sediakan senarai inventori barangan peribadi anda dan tanyakan soalan ini kepada diri sendiri

Adakah barangan ini penting kepada saya?

Adakah barangan ini terdedah kepada risiko kebakaran atau kecurian?

Adakah sukar atau mustahil untuk menggantikan barangan ini?

Adakah kemungkinan untuk saya kehilangan atau tersalah letak barangan ini?

Apakah terdapat risiko barangan ini akan reput atau rosak jika saya gagal menjaganya?

Jika jawapan anda ialah “Ya” untuk mana-mana soalan ini, memiliki sebuah Peti Simpanan Selamat mungkin amat berguna untuk anda.

Apakah barangan lain yang boleh saya simpan dalam Peti Simpanan Selamat ini?

Sama ada barangan anda mempunyai nilai sentimental yang tinggi atau nilai kewangan yang tinggi, sebuah Peti Simpanan Selamat akan memastikan ianya tersimpan rapi. Insuran akan menanggung kerugian anda jika barangan itu hilang, namun tiada apa yang dapat menggantikan barangan yang tidak dapat ditukar ganti jika ia musnah akibat kebakaran, banjir atau bencana alam yang lain.

Berikut adalah senarai barangan peribadi, perniagaan dan kewangan yang anda mungkin pertimbangkan untuk disimpan dalam Peti Simpanan Selamat:

  • Barangan/Lukisan abstrak
  • Dokumen pengambilan anak angkat
  • Perjanjian
  • Artikel/Dokumen Usahasama
  • Rekod Bank
  • Resit Jualan
  • Sijil Lahir
  • Rangka Tindakan
  • Undang-undang Kecil
  • Wang Tunai
  • Sijil Deposit
  • Piagam
  • Sijil Kerakyatan
  • Koleksi Syiling
  • Kontrak
  • Dikri/Keputusan Mahkamah
  • Wasiat, Diari
  • Lukisan
  • Rekod Keluarga
  • Sijil Jaminan
  • Harta Pusaka
  • Rekod Bersejarah
  • Cek Batal yang penting
  • Jongkong Emas dan Perak
  • Rekod Cukai Pendapatan
  • Polisi Insuran
  • Senarai Inbentori (Isi Rumah atau Perniagaan)
  • Dokumen Sewaan
  • Dokumen Perundangan
  • Surat menyurat
  • Lesen Perkahwinan
  • Pingat
  • Rekod Perkhidmatan dan Persaraan Tentera
  • Gadaian
  • Nota-Nota
  • Buku Akaun
  • Pasport
  • Sijil Paten
  • Dokumen Pencen dan Perkongsian Keuntungan
  • Gambar
  • Resit
  • Dokumen persaraan
  • Keselamatan dan Stok
  • Cenderahati
  • Formula Khas
  • Koleksi Stem
  • Bon Jaminan
  • Resit Cukai
  • Rekod Cukai
  • Dokumen Lambang Perniagaan
  • Dokumen Tabung Amanah
  • Jaminan Simpanan
  • Jam Tangan
  • Surat Jaminan & Wasiat
  • Barangan yang TIDAK SESUAI disimpan di Peti Simpanan Selamat Bank tetapi SEBALIKNYA DI HB Secured Vaults' VAULT, kerana waktu kunjungan kami yang mudah - BUKA 365 hari setahun.

    Betapa Selamat?

    Soalan Umum

    Ya. Mencegah kerosakan oleh air dengan menyimpan barang dalam beg zip-kunci yang kedap udara atau bekas-bekas yang berupa Tupperware.


    1. Letakkan barang kemas anda dalam beg plastik kedap udara dan masukkan ke dalam Tupperware yang lebih besar


    2. Cara yang baik untuk mengurangkan kerugian & kerosakan kepada barang kemas tersayang anda


    3. Sesuai untuk menyimpan anting-anting, cincin, barang perhiasan kecil, rantai leher, dan loket


    4. Kotak kecil untuk mengatur barang kemas anda untuk mengelakkan kehilangan dan pergaulan

    Sentiasa menyimpan satu senarai barang-barang yang disimpan di dalam peti anda, membuat salinan dokumen penting dan mengambil gambar barangan anda yang paling berharga yang tersimpan dalam peti keselamatan. Dengan cara itu, jika bencana berlaku, peluang anda untuk berjaya mengenal pasti, membuat tuntutan atau mendapat semula sesuatu barang akan bertambah.
    Sila rujuk senarai yang dinyatakan di halaman awal.

    Tidak. Tidak seperti bank–bank lain yang mengehendaki anda untuk memiliki sesuatu akaun dengan bank berkenaan, mendaftar sebagai
    pemegang kad kredit bank atau menggunakan sekurang-kurangnya satu produk bank sebagai syarat terdahulu untuk menyewa Peti Simpanan Selamat, di HB Secured Vaults, syarat-syarat sedemikian tidak dikenakan.

    Sesetengah bank mungkin memerlukan bakal penyewa untuk mengekalkan jumlah tertentu dalam Simpanan Tetap sebelum dianggap layak untuk menyewa Peti Simpanan Selamat. Di Singapura, adalah wajib untuk mempunyai sekurang-kurangnya S$5K Simpanan Tetap di bank sebelum nama anda boleh diletakkan di dalam senarai menunggu.

    Tidak, TIDAK diinsuranskan! Tetapi ramai yang silap percaya bahawa sekiranya perkara yang buruk berlaku,
    harta mereka mempunyai perlindungan tambahan daripada insurans bank.

    Walau bagaimanapun, jumlah RM240,000 yang dijamin oleh PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) TIDAK MERANGKUMI Peti Simpanan Selamat. Ramai pemilik rumah terkecewa bahawa barangan yang disimpan di peti simpanan selamat tidak terlindungi oleh polisi peribadi mereka.

    Lokasi Cawangan Petaling Jaya kami terletak di 42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor. Ia terletak berhampiran Stesyen BRT Mentari yang boleh dihubungkan dengan Stesyen KTM Setia Jaya dan seterusnya ke Stesyen Sentral.

    Akan Datang
    Cawangan kami di Johor akan dibangunkan di Taman Kebun Teh, Johor Bahru, Johor. Kemudahan parkir kenderaan yang banyak disediakan di hadapan kemudahan kami di kedua-dua lokasi.

    Anda boleh menyimpan galian berharga, barang kemas, wang, dokumen, stem, hasil seni dan lain-lain. Ini adalah ujian yang sangat mudah. Sebarang barangan peribadi yang menyebabkan anda berkata “Jika saya kehilangannya, saya akan berada dalam kesulitan.

    Anda tidak boleh menyimpan Senjata api, senjata, dadah, cecair mudah terbakar, bahan kimia, barangan yang mudah lupus atau apa-apa barangan yang menyalahi undang-undang mengisut syarat dan peraturan kami dan juga bertentangan dengan undang-undang negara.

    Tidak. Hanya anda dan penyewa bersama yang mengetahui kandungan Peti Simpanan Selamat anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda menyimpan senarai terperinci dan penilaian barangan anda bagi tujuan perlindungan/tuntutan insuran.

    Pastikan keluarga anda tahu bahawa anda menyewa sebuah Peti Simpanan Selamat serta lokasinya. Adalah satu tindakan yang bijak jika anda menamakan seorang ahli keluarga sebagai penyewa bersama Peti Simpanan Selamat anda. Jika anda tidak memaklumkan waris berkenaan sewaan peti ini, mereka tidak akan dapat mengakses Peti Simpanan Selamat anda di saat memerlukan.

    Ya! Tetapi hanya jika anda tidak membayar yuran sewaan pada masanya (sebagaimana termaktub dalam perjanjian sewaan) dan setelah usaha untuk memaklumkan dan mengesan anda terbukti gagal.

    Membuka Akaun Baru

    Sila lihat seksyen “Bagaimana Untuk Membuka Akaun”di sini.

    Ya, proses permohonan yang sama untuk pelanggan antarabangsa. Sebagai tambahan kepada dokumen pengenalan diri bergambar, sila sertakan bukti senarai alamat tempat tinggal anda di luar negara.

    Ya, kami memerlukan setiap akaun perniagaan, kelab atau pertubuhan untuk memajukan bukti dokumen pendaftaran yang berkenaan.

    Mengakses Peti Simpanan Selamat Anda

    Ya. Setiap loker boleh mendaftar 3 nama bagi akaun individu atau normal dan 4 nama bagi akaun korporat/perniagaan, individu yang dibenarkan untuk mengakses peti simpanan selamat. Walau bagaimanapun anda hanya diberi dua anak kunci kerana hanya dua anak kunci dibuat untuk setiap peti dan kunci pendua tidak boleh dibuat.

    Tidak. Tiada staf HB Secured Vaults atau dari mana-mana agensi dibenarkan untuk mengakses peti anda.

    Ya. Anda boleh menyewa Peti Simpanan Selamat anda bersama pasangan, atau orang lain yang tidak dihalang untuk mengakses peti anda sebilang masa. (Amaran: Hanya dengan memberikan kunci kepada seseorang tidak cukup untuk membolehkan dia mengakses peti anda. Dia mesti menandatangani kontrak sebagai penyewa bersama.) Pilihan lain adalah dengan melantik “Pembantu” atau “Agen” (BUKAN Kuasa Wakil) yang dibenarkan untuk mengakses Peti Simpanan Selamat anda. Seorang Pembantu/agen dan seorang yang diberi Kuasa Wakil adalah sama daripada segi anda boleh memberi atau menarik semula kuasa pada bila-bila masa, dan perlantikan terhenti apabila anda kehilangan kelayakan atau mati. Perbezaan utamanya adalah seorang Pembantu atau Agen dilantik dengan kehadiran penyewa peti dan kakitangan kami, yang memberikan kami jaminan lebih besar berhubung keesahan dan kebenaran. Ramai yang tidak mengetahui bahawa individu yang diberi Kuasa Wakil tidak dibenarkan mengakses Peti Simpanan Selamat. Kami tidak dapat mengesahkan sama ada Kuasa Wakil itu masih berkuat kuasa atau tidak atau sama ada penyewa berada dalam keadaan sihat dan sedar semasa menandatangani Surat Kuasa Wakil tersebut.

    Mengambil kira aspek keselamatan kami tidak membenarkan sebarang akses di luar waktu operasi kami. Walau bagaimanapun, kami boleh mempertimbangkan permohonan berdasarkan darjah kesegeraan dan keperluan.

    Jika anda kehilangan salah satu atau kedua-dua kunci, anda MESTI memaklumkan kepada pihak kami dengan segera demi keselamatan barangan anda. Anda perlu datang ke pejabat kami untuk membolehkan kunci tersebut ditukar. Pakar kunci diperlukan untuk membuka kunci dengan penebuk dan memasang kunci baru. Kos yang terlibat akan ditanggung oleh anda.

    TIDAK, KAMI TIDAK menyimpan set kunci pendua peti simpanan selamat anda.

    Insurans

    Setiap peti disediakan perlindungan tanggungan standand sebanyak RM 50,000. Kami juga menyediakan perlindungan tambahan sehingga RM 5,000,000. Bagi jumlah perlindungan melebihi RM 1,000,000, terma dan syarat perlu dipatuhi. Kami adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan peti simpanan selamat di negara ini yang menawarkan perlindungan setinggi ini. Ini adalah bukti keteguhan dan keupayaan kami.

    Tidak, Pihak insuran tidak akan membayar kepada anda nilai penuh RM 50,000. Prinsip insuran bukan untuk menjadikan anda kaya sebaliknya untuk membolehkan anda kembali kepada status sebelum anda mengalami kehilangan tersebut. Oleh itu, pihak insuran hanya akan membayar RM 20,000 sahaja kepada anda, iaitu kos sebenar yang anda hilang. Jika nilai kehilangan anda lebih daripada RM 50,000, tuntutan anda adalah terhad kepada RM 50,000 atau jumlah sebenar nilai perlindungan insuran anda. Tuntutan adalah berdasarkan nilai pembelian tanpa mengambil kira nilai pasaran semasa atau peningkatan nilai. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di info@hbsecuredvaults.com atau +6012 235 6295.

    Dalam keadaan luar jangka, jika dokumen anda rosak akibat bencana seperti kebakaran, pihak insuran akan membayar kos menggantikan dokumen terbabit.

    Pembatalan

    Ianya adalah mudah. Anda hanya perlu mengambil kembali barangan anda dari peti simpanan selamat, tandatangan borang yang menyatakan anda telah mengosongkan peti anda dan batalkan perjanjian sewaan anda. Anda MESTI mengembalikan dua (2) kunci yang diserahkan kepada anda dalam keadaan baik. Jika akaun anda masih mempunyai baki tertunggak, anda perlu menyelesaikannya terlebih dahulu.

    Jika anda menamatkan sewaan sebelum tempohnya tamat, kami tidak akan mengembalikan sebarang baki terhadap masa yang tidak digunakan.

    Anda perlu membuat temujanji bagi memastikan anda hadir sewaktu juruteknik kami menebuk kunci berkenaan dan menggantikannya dengan set kunci yang baru. Anda bertanggungjawab ke atas kos penggantian tersebut.

    Lain-lain

    Sejurus selepas menerima pemakluman berkaitan kematian penyewa utama, RSDB akan, atas dasar kepentingan Penyewa utama dan pewarisnya yang berhak, memeterai peti tersebut dan tidak membenarkan sesiapapun untuk mengakses peti tersebut kecuali untuk pengembalian wasiat atau arahan pengebumian. Tindakan ini akan dilakukan dengan kehadiran staf RSDB. RSDB kemudiannya akan menasihati pewaris tentang prosedur untuk memperoleh sijil pengesahan wasiat (probet) atau Surat Kuasa Pentadbiran. Pelaksana wasiat atau wali wanita yang telah anda amanahkan untuk menjaga harta anda selepas meninggal dunia akan dibenarkan mengakses peti simpanan selamat anda, tetapi berapa segera, tertakluk kepada undang-undang tempatan.

    YANG TERAKHIR TETAPI TIDAK KURANG PENTINGNYA

    Sekiranya anda membuat keputusan untuk memasang peti keselamatan di rumah atau di pejabat anda, soalan yang ingin kami tanyakan adalah;

    “Adakah barangan yang disimpan di rumah / pejabat anda selamat?”

    Kami akan berkata : “Barang-barang atau barangan berharga anda yang disimpan di peti keselamatan rumah/pejabat hanya selamat apabila anda atau apabila TIADA SEORANGPUN yang berada di rumah atau pejabat”.

    Mengapa? Jika peti simpanan itu dibina di dalam dinding, penceroboh mungkin tidak dapat memecahkannya atau melarikannya jika anda tiada di rumah.
    Namun, jika pemilik berada di rumah atau di pejabat, berdasarkan pengalaman, mangsa akan dipaksa membuka peti simpanan tersebut apabila diacukan pistol atau pisau. Ini menunjukkan barangan itu tidak selamat jika seseorang berada di rumah atau pejabat.

    Kunjungilah kami untuk melihat fasiliti kami. Anda boleh berbual-bual dengan kami tanpa sebarang gangguan. Privasi anda dijaga sepenuhnya.

    HB Secured Vaults

    RSDB bukan sahaja memiliki satu sistem bilik kebal yang canggih bahkan juga memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan-pelangan kami yang bijak dan peka.

    Dengan adanya ketiga-tiga ciri iaitu ciri Keselamatan, ciri Jaminan dan ciri Mudah Digunakan kami adalah syarikat Peti Simpanan Selamat pertama dan terulung di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan yang selamat dan terjamin. Royal Safe menetapkan standard yang dicontohi oleh syarikat-syarikat lain.

    Sedia untuk menempah sebuah Peti Simpanan Selamat?

    Sistem Pendaftaran Atas Talian kami telah direka semudah yang mungkin untuk membantu anda memiliki Peti Simpanan Selamat pilihan anda. Anda Cuma perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan di bawah dan Tim kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.

    Share on facebook
    Share on twitter
    Share on linkedin
    Share on whatsapp
    Share on email
    Share on print

    Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

    HUBUNGI KAMI: +603 5631 0110 | +6012 235 6295

    HB Secured Vaults
    Ground Floor, Menara Darussalam, 12 Jalan Pinang, KUALA LUMPUR-MALAYSIA

    Waktu Operasi 9.00 am – 11.00 pm
    7 hari seminggu (termasuk cuti umum) Hubungi Kami:
    +603 5631 0110 | +6012 235 6295
    Emel Kami: info@hbsecuredvaults.com

    Hak Cipta © 2022 HB Secured Vaults. Hakcipta Terpelihara.

    Thank you.

    We appreciate the trust & confidence you have in Royal Safe.

    We have received your registration form. We will prepare the needful. You may drop in our office anytime between 9am to 11pm on any day to complete the registration process and make payment.

    Please feel free to call us anytime at +60356310110 if you have any questions.

    Royal Safe

    We use cookies to improve your experience, understand your usage and to personalize advertising as well as your experience based on your interests. We also use third-party cookies. By clicking “Accept Cookies”, you consent to the use of these cookies. If you are under 16 years old, please decline all cookies. For more information see our Cookie Policy