Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

+603 555 HBSV | +6012 235 6295
info@hbsecuredvaults.com

PESANAN

PESANAN

DARI ROYAL SAFE

Pesanan daripada HB Secured Vaults buat pelangan kami yang bijaksana

Apakah jenis barangan yang harus disimpan di dalam Peti Simpanan Selamat?

Ini adalah ujian yang sangat mudah. Sebarang barangan peribadi yang menyebabkan anda berkata, “Jika saya kehilangannya, saya akan berada dalam kesulitan.”

Dokumen penting untuk dipertimbangkan yang perlu disimpan dalam Peti Simpanan Selamat anda:

Polisi-polisi Insurans original anda; Rekod-rekod Keluarga seperti Sijil Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian; Surat Ikat asal,

Geran, Gadai Janji, Perjanjian Penyewaan dan kontrak-kontrak lain; Saham, Bon dan Sijil Simpanan Tetap (Sijil FD)

Barang-barang berharga lain yang layak mendapat tempat di Peti Simpanan Selamat anda termasuk Batu Permata, Pingat kebesaran, Setem yang sukar ditemui dan koleksi-koleksi lain, Negatif Gambar yang Tidak Dapat Digantikan, dan Video atau Gambar Kandungan Rumah Anda untuk tujuan tuntutan insurans (dalam hal pencurian, kebakaran atau lain-lain bencana).

Pasport adalah salah satu dokumen yang paling dicari-cari pendatang tanpa izin. Pasport Malaysia boleh dijual dengan kira-kira RM50,000 hingga RM60,000 dalam pasaran gelap. Untuk memperolehi pasport gantian/baru juga melibatkan proses yang rumit.

Arkitek dan Jurutera mungkin ingin menyimpan lukisan, pelan dan sebagainya. Jurutera perisisian dan profesional lain ingin menyimpan fail dan CD sulit pelanggan mereka.

Peguam-peguam mungkin ingin menyimpan fail-fail dan dokumen-dokumen yang teramat sulit, bahan bukti, barang pameran dan sebagainya.

Ahli perniagaan mungkin ingin menyimpan Fail-fail dan Dokumen-dokumen sulit, Rekod-rekod Syarikat, Perjanjian-perjanjian, Rekod-rekod mesyuarat penting.

Individu atau sesiapa yang berurusan dengan jongkong emas/perak, syiling emas, dinar emas, kepingan emas atau perak, dan sebagainya:

Sikap Ternanti-nanti Anda Akan Membawa Kerugian, Oleh itu Lakukan Perkara yang Sepatutnya Dilakukan – SEKARANG JUGA

Pengalaman menunjukkan pencuri akan menggeledah setiap sudut rumah yang mereka masuki.
Oleh yang demikian, menyimpan barangan menarik yang mungkin merupakan simpanan atau pelaburan sepanjang hayat anda dalam pakaian dalam, sarung kaki, bakul bawang, peti sejuk, dan kotak ubat nenek ternyata bukanlah tempat yang paling baik.

Biarpun seseorang dapat memikirkan sesuatu tempat yang dianggap selamat, begitu juga pencuri-pencuri dapat mencari barang-barang yang disimpan di tempat yang tidak dapat dibayangkan.

senarai itu berterusan…

Apakah Langkah Pencegahan Tambahan Yang Boleh Diambil Untuk Mengurangkan Kerosakan?

  • Elakkan kerosakan yang diakibatkan oleh air dengan menyimpan barangan anda dalam beg kedap udara berzip atau bekas seperti Tupperware.
  • Tulis nama anda pada setiap barangan.
  • Simpan senarai isi kandungan peti simpanan anda; contoh tulis senarai lengkap barangan yang anda simpan dalam peti tersebut. Senarai itu sangat penting jika tuntutan insurans perlu dibuat.
  • Buat salinan untuk setiap dokumen yang penting.
  • Ambil gambar untuk barang-barang yang paling berharga yang anda simpan dalam Peti Simpanan Selamat.
  • Simpan salinan asal resit pembelian atau invois.
  • Dapatkan laporan penilaian bagi barang-barang yang merupakan pusaka turun-temurun.
  • Bagi barangan berupa jongkong emas/perak, syiling emas/perak, dinar emas, kepingan emas/perak, barang kemas, jam tangan dan lain-lain, memandangkan harganya mahal dan pembelian melibatkan resit rasmi, adalah satu kemestian bagi pelanggan untuk menunjukkan bukti pembelian.
  • Dalam keadaan penuntutan yang tidak dijangka, adalah mandatori untuk menghasilkan bukti pembelian untuk barang yang dibeli selepas Peti Simpanan Selamat disewa seseorang. Oleh sebab itu, pelanggan dikehendaki menyimpan resit / invois mereka dengan baik. Apa-apa sahaja yang anda lakukan untuk meningkatkan peluang mengenal pasti, menuntut atau mendapat semula sesuatu barang patut diusahakan. Dengan cara itu, lebih tinggilah peluang anda untuk mengenal pasti, menuntut atau mendapat kembali sesuatu item dengan berjaya jika sesuatu yang tidak diingini berlaku .

APA YANG ANDA PERLU PERHATIKAN SEBELUM?

MEMILIH PENYEDIA PERKHIDMATAN
PETI SIMPANAN SELAMAT.

Lokasi

Secara amnya ia adalah aspek yang terpenting kerana keselamatan dan kekukuhan bilik kebal adalah bergantung kepada lokasi yang dipilih.

Bilik Kebal

Adakah kemudahan ini direka bentuk dan dibina mengikut piawaian dunia? Adakah kemudahan itu hanya diperbuat daripada dinding bata yang sederhana? Banyak yang mendakwa pusat mereka dibina dengan konkrit bertetulang, keluli, bar yang diperkukuh & dinding–dinding BRC.
Berat bilik kebal konkrit bertetulang dengan keluli berukuran 60 kaki x 22kaki adalah kira-kira 60 ton. Ini bermakna 14in untuk semua dinding, 24in tebal lantai dan sekurang-kurangnya 12in tebal siling. Asas yang kukuh diperlukan untuk menyokong bilik kebal seberat itu. Tanpa tiang-tiang yang sama kuat, bilik kebal itu perlu bertegak di atas tanah dengan cerucuk-cerucuk yang dapat menyokong keberatannya. Lantarannya, mana-mana bilik kebal sebegini yang dibina di tingkat 2, 3 atau tingkat yang lebih tinggi akan menyebabkan keseluruhan bangunan runtuh. Oleh itu, adalah mustahil untuk membina bilik kebal yang mempunyai ketebalan dan kekuatan seperti yang dinyatakan di kompleks membeli-belah atau di tingkat 2 atau tingkat 3.

Kita juga mesti sedar bahawa kita tidak mempunyai kawalan terhadap tingkat atas dan tingkat bawah, dengan itu, barang–barang berharga pelanggan akan didedahkan kepada elemen-elemen yang tidak diingini.

Insurans

Apakah jenis perlindungan insurans yang ditawarkan oleh kemudahan itu? Adakah terdapat perlindungan insurans percuma yang ditawarkan dan berapa banyakkah perlindungan itu? Bandingkan kadar insurans tambahan (yang lebih) dengan pusat-pusat lain. Adakah kadar berkenaan kompetitif?
Tahap risiko yang sedia ditanggung dan dijamin oleh syarikat insurans melambangkan tahap kepercayaan syarikat tersebut terhadap kredibiliti, keselamatan dan kekuatan sesebuah pusat Peti Simpanan Selamat.

Kebakaran

Apakah jenis kaedah pemadaman kebakaran yang dimiliki kemudahan itu?
Sekiranya berlaku kebakaran, bilik kebal harus mempunyai sistem Pemadaman Kebakaran Bebas dan tidak bergantung kepada sistem pusat yang tidak direka bina untuk memenuhi keperluan unik bilik kebal dan barang simpanan anda dalam bilik tersebut. Sistem Ejen Kering Bersih (Clean Dry Agent) adalah paling sesuai untuk bilik kebal dan isi kandungannya. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah dokumen anda dirosakkan oleh satu sistem pemercik air.

Tempat Letak Kereta

Adakah terdapat tempat letak kereta? Secara logiknya, seseorang sepatutnya boleh masuk dan keluar dari bilik kebal tanpa perlu berjalan lebih daripada 10-20 langkah dari kereta sendiri.
Walaupun seseorang mungkin hanya membawa sebuah sampul surat yang mengandungi dokumen sahaja, namun terdapat bahaya yang serius di mana anda atau orang tersayang anda dirompak semasa berjalan menuju ke kereta yang diletakkan di tempat letak kereta kompleks membeli-belah.

Keselamatan

Adakah fasiliti ini dipantau 24/7 dengan peralatan pengawasan CCTV dan sistem penggera canggih yang dihubung secara langsung ke Sistem Pemantauan Pusat? Adakah kemudahan ini mempunyai pengawal perlindungan rapat di lokasi (Pengawal Keselamatan Bersenjata)?
Adakah pusat ini mempunyai pengawal keselamatan 24 jam yang berdedikasi yang berada di dalam fasilitas? Pusat PSS tidak boleh bergantung kepada Pengawal yang pada masa yang sama juga mempunyai tugas keselamatan lain.

Akses

Pusat PSS sepatutnya mempunyai waktu kunjungan yang sesuai dan tidak hanya mengikut waktu kerja biasa. Seseorang seharusya mempunyai kebebasan untuk mengunjungi PSS di luar waktu perbankan, terutamanya pada hari Cuti Umum. Waktu pembukaan pusat PSS tidak sepatutnya ditentukan oleh waktu pembukaan dan penutupan mana-mana kompleks.

Kami mengelak daripada menyediakan Peti Simpanan Selamat di kompleks membeli-belah kerana alasan-alasan berikut:

Keselamatan pelanggan – Jarak berjalan kaki yang jauh antara Pusat Peti Simpanan ke kenderaan akan memerbahayakan keselamatan pelanggan kami

Bahaya dirompak Rompakan boleh berlaku semasa di dalam lif, ketika menuruni tangga, semasa berjalan balik ke kenderaan atau di tempat letak kenderaan

Mustahil untuk mengukuhkan lantai dan siling untuk dijadikan bilik kebal. Jika pengukuhan dibuat tanpa tapak yang kukuh/cerucuk yang sempurna (sebenarnya memang tidak dapat dibuat ke atas bangunan yang telah siap) runtuhan mungkin berlaku akibat beban yang berlebihan

Tiada kawalan terhadap penghuni Kita tidak ada kuasa untuk mengawal perilaku penyewa lain atau ke atas sebarang aktiviti yang berlaku di tingkat atas atau bawah.

Khidmat Peti Simpanan Selamat yang terletak di Pusat Membeli Belah adalah tertakluk kepada waktu perniagaan yang ditetapkan oleh pusat tersebut. Ini adalah tidak sesuai untuk perniagaan seperti ini dan juga untuk pelanggan.

Sila Kongsi!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Share on print

Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

HUBUNGI KAMI: +603 5631 0110 | +6012 235 6295

HB Secured Vaults
Ground Floor, Menara Darussalam, 12 Jalan Pinang, KUALA LUMPUR-MALAYSIA

Waktu Operasi 9.00 am – 11.00 pm
7 hari seminggu (termasuk cuti umum) Hubungi Kami:
+603 5631 0110 | +6012 235 6295
Emel Kami: info@hbsecuredvaults.com

Hak Cipta © 2022 HB Secured Vaults. Hakcipta Terpelihara.

Thank you.

We appreciate the trust & confidence you have in Royal Safe.

We have received your registration form. We will prepare the needful. You may drop in our office anytime between 9am to 11pm on any day to complete the registration process and make payment.

Please feel free to call us anytime at +60356310110 if you have any questions.

Royal Safe

We use cookies to improve your experience, understand your usage and to personalize advertising as well as your experience based on your interests. We also use third-party cookies. By clicking “Accept Cookies”, you consent to the use of these cookies. If you are under 16 years old, please decline all cookies. For more information see our Cookie Policy